‘Saya bukan Islam, tak salah minum arak’ – King Sing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan tindakannya sedang meminum arak dan menari ketika meraikan satu festival bersama orang ramai.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam, beliau mengambil kesempatan membidas kritikan dilemparkan terhadapnya yang meraikan sambutan perayaan mengikut kelaziman komuniti berkenaan.

King Sing berkata, ini kerana hal sebegitu tidak sepatutnya dijadikan isu termasuk dijadikan kayu ukur prestasinya sebagai menteri.

“Saya pergi Pelangai (semasa pilihan raya kecil di Bentong), mereka ajak saya menyertai Festival Tanglung, saya minum, saya bermain dengan budak-budak macam orang ‘gila’ sikit, apa salahnya?

“Kalau saya orang Islam, saya memang tak boleh buat macam itu, tetapi saya bukan Islam, maka saya boleh buat. Janganlah cerita yang bukan-bukan.

“Kita mesti sama-sama menghormati, baru boleh capai keharmonian,” katanya,” lapor BH.

Sebelum ini, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) pernah mempersoal sama ada King Sing mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelancong ke negara ini selain mabuk dan menari di tempat umum.

Teguran Mas Ermieyati itu selepas beliau menyifatkan perlakuan King Sing itu sebagai tidak sesuai bagi menjalankan tugas sebagai menteri.

Terdapat video yang tular sebelum ini memaparkan Ahli Parlimen Bintulu itu sedang menari dengan orang ramai dalam keadaan mabuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat