KJ, Shahril dan pimpinan Umno perlu ikut saran TMJ berkompromi demi parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shahril Hamdan dan kepimpinan tertinggi Umno perlu berkompromi demi kelangsungan parti itu, susulan gesaan dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata penganalisis politik.

Ahad lalu, Tunku Ismail menerusi Podcast Keluar Sekejap menyuarakan harapannya supaya Khairy yang dipecat manakala Shahril yang digantung, kembali ke pangkuan Umno untuk memajukan negara.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berpendapat nasihat itu dibuat memandangkan Tunku Ismail bakal menjadi pemangku Raja Johor apabila ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Jan depan.

Menurutnya, “nasihat” itu sama seperti ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Nov tahun lalu menitahkan kerajaan perpaduan ditubuhkan untuk mengelakkan situasi Parlimen tergantung, menyaksikan kerjasama pertama kali Umno dan DAP.

“Ini boleh difikirkan (dipertimbang) KJ dan Shahril sama ada ingin kembali kepada Umno, tetapi pimpinan yang memecat dan menggantung mereka masih berada di situ.

“Bagi saya kompromi dan air muka kedua-dua pihak boleh dicari,” lapor FMT.

Khairy, bekas ketua pemuda Umno dipecat daripada Umno kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15. Beliau pernah menjadi menteri belia dan sukan serta menteri kesihatan.

Shahril yang pernah memegang jawatan ketua penerangan Umno dan naib ketua Pemuda digantung keahliannya selama enam tahun bermula Januari lalu.

Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali pula berpandangan gesaan Tunku Ismail itu mungkin dibuat kerana mahu Khairy dan Shahril memainkan peranan mengukuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri ] Anwar Ibrahim.

“Semua tahu KJ dan Shahril adalah dua pemimpin progresif dan masa depan Umno, jika mereka berada dalam parti boleh memainkan peranan yang baik dan bantu perdana menteri.

“Saya rasa itu maksud TMJ, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mereka kembali kepada Umno dan Presiden, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi pun sedia terima kembali bekas pemimpin Umno dipecat atau digantung,” katanya.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023, Zahid berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima ahli yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka yang digantung atau dipecat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat