PU Syed Tegur Nabila Huda, Bergambar Dengan Anjing Seperti ‘Menormalkan Dosa’

KUALA LUMPUR – Pencetus Ummah (PU) Syed mengecam tindakan pelakon Nabila Huda yang dianggapnya menormalkan dosa apabila memuat naik foto bersama anjing di media sosial.

Syed, nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, berkata beliau kecewa dengan sikap golongan artis termasuk anak Amy Search yang makin menjadi-jadi membuat perkara haram dengan sedar.

“Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat,” tulisnya di Instagram semalam.

“Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan boleh mendatangkan fitnah pada agama.”

Dalam hantaran tersebut, PU Syed turut memuat foto pelakon Munafik itu bersama seekor anjing baka ‘husky’ dengan tulisan tertera ‘jangan tiru’

Beliau turut mengingat semua masyarakat bahawa Malaysia mengamalkan mazhab Syafie, yang jelas menyebut “setiap inci anjing” adalah najis.

“Kalau artis ini bermazhab lain selain mazhab di Malaysia, tak payahlah duduk naikkan gambar sebegitu rupa yang menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat beliau,” catatnya lagi.

Nabila pada 29 Oktober lalu memuat gambar bersama seekor anjing ketika sedang bercuti di New Zealand bersama keluarganya.

Dalam status berkenaan, dia turut mendakwa sudah melakukan samak. – MalayMail

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.