Minta Orang Bunuh Adik Saya? Jangan Risau, Saya Akan Berikan ‘Neraka’ – Naim Daniel

Tindakan seorang wanita memuat naik status ingin membunuh rakan sebiliknya membawa padah apabila perkara itu mendapat perhatian abang kepada individu berkenaan yang juga penyanyi Naim Daniel.

Naim, 22, menerusi Instagram miliknya memuat naik paparan skrin tersebut dan mencabar wanita itu bersemuka dengannya di Melaka pada Isnin depan.

“Awak nak minta tolong orang bunuh adik saya? Di mana hanya dia seorang saja rakan bilik awak, kenapa? Terlalu takut untuk lakukan kerja kotor dengan tangan sendiri?

“Awak mahukan neraka? Saya akan berikan neraka, sayang. Jangan risau, saya boleh bantu awak. Awak dengan semua yang balas menerusi Twitter pun saya dah dapat. Sekumpulan manusia yang sakit.

“Isnin depan, saya akan datang sendiri bertemu dengan individu yang bertanggungjawab dengan bilik kolej awak untuk dapatkan senarai nama orang yang tinggal dalam bilik itu bagi pastikan awak tak nak mengaku yang adik saya bukan rakan bilik awak,” katanya.

Wanita yang menggunakan akaun bernama Nadahanies itu meminta seseorang untuk membunuh rakan biliknya yang dipercayai adik penyanyi lagu Sumpah tersebut.

Status yang dimuat naik di laman Twitter pada Khamis menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Dalam pada itu, Naim memberitahu dia akan menjadikan status tersebut sebagai bukti sekiranya individu itu cuba menafikan dan menganggap apa yang ditulis hanya gurauan.

“Jangan bila saya bertemu awak nanti dan cakap ‘saya gurau atau main-main saja’ sebab awak tahu apa yang awak tulis boleh dijadikan bukti ya.

“Saya tahu ada anda beranggapan saya terlalu emosi mengenai isu ini tapi fikir semula, kalau benda ini terjadi pada keluarga anda apa yang anda akan lakukan?

“Berdiam dan tunggu mayat ahli keluarga anda sampai di hadapan pintu rumah atau bertindak? Pilih. Sebagai abang, saya tidak kisah tangan saya kotor untuk adik-beradik saya. Asalkan keselamatan adik perempuan saya terjamin,” ujarnya.

Berita pilihan pembaca;

Sementara itu, pemilik nama Muhammad NaimDaniel Baharin ini sedih melihat golongan remaja menggunakan platform laman sosial dengan cara yang salah.

Katanya, kejadian seperti ini perlu diambil serius sebelum perkara tidak diingini berlaku terutama kepada ahli keluarga sendiri.

“Itulah pentingnya fikir sebelum bertindak dekat media sosial. Apa yang kita nak tulis, kita nak luah, semuanya boleh memakan diri kita kembali. Walaupun kalau awak bergurau.

“Seperti mana yang anda lihat, betapa tenatnya masyarakat kita sekarang dalam kalangan anak muda. Bergelar seorang mahasiswi pula. Buli dan gangguan adalah benar.

“Ia boleh terjadi kepada adik-beradik dan keluarga anda. Dah cukup kita dikejutkan dengan berita kematian pelajar di institusi pengajian tinggi sebelum ini,” katanya.

Lain-lain berita menarik;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.