Tiada Kenaikan Caj Penghantaran Gas Memasak – Petronas

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd  (PDB) mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga bagi perkhidmatan Gas Petronas Home Delivery (GPHD), manakala caj penghantaran kekal pada harga yang sama.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan umum dan kebimbangan pelarasan harga caj penghantaran, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Terdahulu PDB dua hari lalu mengumumkan perubahan caj perkhidmatan bagi penghantaran gas ke rumah, Petronas Home Delivery (GPHD) yang akan berkuatkuasa 1 November ini untuk semenanjung Malaysia. 

Perubahan itu menyaksikan harga baharu bagi GPHD ialah RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.