SOP Perlu Elak Serbuan Pasangan Berkahwin

KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan kuasa penguatkuasa agama perlu diatasi dengan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jelasnya ini kerana wujud kes serbuan pasangan yang sudah berkahwin.

“Sebelum ini ada banyak isu seperti salah guna kuasa, ada orang beritahu kadang kala mereka sudah sudah berkahwin pun tapi dia mari rempuh juga.

“Kemudian ada yang ambil kesempatan dalam serbuan itu tangkap gambar. Semua perkara ini kita perlu ketatkan SOP,” katanya selepas perasmian Konvensyen Perundangan Jenayah Syariah 2018 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP).

Sebelum ini Mujahid menerusi temubual bersama akhbar berbahasa Inggeris dipetik sebagai berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Namun beliau berkata kenyataannya itu disalahtafsirkan dan menimbulkan kekeliruan.

Mujahid kemudiannya berkata lagi bahawa pelaksanaan dan tatacara hukuman syariah bagi pencegahan khalwat hanya boleh dilakukan selepas proses nasihat, aduan dan bukti kukuh dibuat.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.