Puad Zakarshi Desak Timb Peng PAC Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh digesa meletakkan jawatan kerana membuat tuduhan bahawa Laporan Audit 1MDB   dipinda atas arahan orang tertentu. 

Kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahad Datuk Dr Puad Zakarshi beliau juga patut dikenakan tindakan kerana membuat dakwaan awal. 

“Maka apa motif YB Wong? Tindakan beliau itu mencemarkan kredibiliti, ketelusan dan professionalisme PAC. 

“Beliau patut diambil tindakan atau meletak jawatan,” katanya menerusi Facebook. 

Selain mempertikaikan motif Wong dalam masa yang sama Puad menyifatkannya sebagai tindakan mempolitikkan isu 1MDB secara konsisten. 

“Maka bagaimana YB Wong boleh membuat kesimpulan awal.

“ Apakah motif Lim Guan Eng mengujudkan PAC-1MDB 2.0? Apakah supaya isu 1MDB terus panas dan boleh dipolitikkan.

“ Sedangkan dalam laporan PAC-1MDB 1.0 (kini telah declassified) tidak disebut pun nama individu yang bersalah dan patut didakwa,” tambahnya.

Wong dalam Dewan Rakyat baru-baru ini berkata laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang dikatakan dipinda atas arahan individu tertentu sehingga gagal mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.

Kah Woh mendakwa, salah laku itu hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbiran negara pada 9 Mei lalu.

Kemudian bekas Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, meminta bukti dikemukakan berhubung dakwaan Wong itu kerana pada masa kini menurutnya terlalu banyak dakwaan berasaskan politik.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.