PPBM Setiawangsa Mahu Tun M Kekal PM Sampai PRU-15

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Setiawangsa menggesa pengerusi mereka Tun Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya yang akan datang.

Perkara itu dibentangkan dalam usul mesyuarat yang berlangsung semalam.

Menurut Pengerusi Sahabat Harapan Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim, usul itu dikemukakan oleh ketua bahagian Setiawangsa, Muhamad Zahid Md Arip yang juga adalah setiausaha politik kepada perdana menteri.

Untuk rekod sebelum pilihan raya umum ke-14, Pakatan Harapan bersetuju bahawa Mahathir akan menjadi perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan kuasanya kepada bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, Mahathir pernah menyatakan hasratnya untuk kekal dalam kedudukannya dengan lebih lama.

Pada hari yang sama BERSATU bahagian Setiawangsa mengadakan persidangannya, Anwar menolak desas-desus berkenaan cubaan dalaman untuk menghalangnya menjadi perdana menteri kelapan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.