Pemandu Teksi Digalak Sertai E-hailing

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mahu pemandu teksi kekal dengan cara tradisional untuk mencari penumpang sebaliknya menyertai syarikat perkhidmatan e-hailing, kata Menteri Pengangkuta Anthony Loke Siew Fook.

Jelasnya galakan ini tidak beerti pemandu teksi perlu meninggalkan industri tersebut sebaliknya menggunakan pendekatan yang berbeza daripada sebelum ini.

Malahan tambah beliau, jika pemandu teksi masih mahu menggunakan cara lama dalam masa yang sama menyertai e-hailing akan memberi kelebihan dari segi kautan penumpang dan menjana pendapatan.

“Kalau mereka yang menggunakan aplikasi itu pakai e-hailing pun boleh dapat penumpang, tunggu di tepi jalan pun boleh mengambil penumpang.

“Ini menambahkan penumpang kepada pemandu teksi sebab sekarang kalau ikut cara tradisional tidak boleh guna teknologi, orang sekarang ini kebanyakannya nak tempah apa juga perkhidmatan gunakan telefon pintar

Itu yang kita minta dan galakkan pemandu teksi tradisional gunapakai teknologi, dengan e-hailing supaya ada dua punca dapat penumpang,” katanya.

Anthony dalam masa yang sama enggan melayan desakan untuknya melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Semalam beliau dalam Dewan Rakyat menegaskan kerajaan tidak akan mengharamkan Grab. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.