Nasihat Saya Tak Semestinya Diterima PM – Tun Daim

KUALA LUMPUR – Biarpun memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, namun Tun Daim Zainuddin menjelaskan pandangan dan nasihat yang beliau berikan tidak semestinya diterima oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Astro Awani, Daim menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa banyak keputusan diperingkat awal pembentukan kerajaan PH dibuat di Menara Ilham berbanding di Putrajaya.

“Kita di sini (Menara Ilham) bila menang, belum ada Kabinet, Dr Mahathir kata lebih baik ada satu pasukan yang ada pengalaman untuk meneliti apa yang berlaku ketika kerajaan dahulu.

“Dr Mahathir nak cepat, jadi bila kita teliti kita serah kepada perdana menteri dengan pandangan sekali, jadi itu timbul cerita konon Menara Ilham buat keputusan, mana boleh, yang buat keputusan tu kerajaan,” katanya dalam program Perspektif Tun Daim yang akan disiarkan pukul 9 malam nanti. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.