‘Jangan Tipu’ Kata PDRM Pada Justo

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menegaskan bekas pegawai eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo menipu apabila mengeluarkan kenyataan bahawa polis Malaysia memaksa dia mengaku bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri terbaik.

Katanya, dakwaan Justo itu satu pembohongan apabila berkata disuruh mengaku sebagai orang jahat, sukakan wang dan Tarek (Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi) serta PetroSaudi adalah baik ketika pertemuan di penjara Bangkok, tiga tahun lalu.

“Siasatan kami menjurus kepada data berkaitan PetroSaudi / 1MDB.. Bukan tentang karakter awak dan siapa Perdana Menteri yang terbaik.

“Jadi Eencik Justo… Jangan tipu,” katanya.

Jelasnya lagi, pertemuan membabitkan tiga pegawai PDRM diketuainya ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Siasatan/Perundangan), pada 15 Disember 2015 itu, soalan polis menjurus kepada peras ugut pihak ketiga yang memiliki data dicuri berikutan boleh mengancam keselamatan negara.

Menurutnya lagi, dalam pertemuan dengan Justo itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan sebanyak 57 soalan kepadanya.

“Soalan itu merangkumi lima isu iaitu pertama membabitkan soalan pengenalan, keluarga dan latar akademik, manakala isu kedua pula membabitkan soalan khusus berkaitan PetroSaudi.

“Isu ketiga pula membabitkan soalan khusus berkaitan Clare Rewcastle Brown, isu keempat pula adalah soalan khusus mengenai rundingan pertukaran maklumat, dokumen serta data.

“Manakala isu kelima pula berkaitan masalah umum membabitkan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.