Wanita Ini Punya Cara Pelik Ajar Lelaki Gila Seks Dengan Gosok Payudara Ke Muka Lelaki Itu

Ia merupakan momen yang mengejutkan apabila seorang wanita mengajar lelaki gila seks dengan cara yang mengejutkan iaitu membuka bajunya lalu menggosok payudaranya di muka lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku di Ribeirao Preto, Brazil. Wanita berkenaan yang merupakan seorang jurujual pada mulanya telah menjatuhkan lelaki itu ke tanah dengan menggunakan kakinya.

Dia menuduh lelaki itu cuba menggodanya di khalayak ramai ketika dia melakukan kerjanya iaitu mengedarkan risalah di jalanan.

Marah dan bosan kerana dilayan sebagai objek seks, dia memaki hamun lelaki itu.

“Ini yang kau nak kan?,” katanya sambil membuka bayu hingga menampakkan payu dara lalu menggosok ke muka lelaki terbabit. Ketika itu lelaki tersebut merayu supaya wanita berkenaan tidak berbuat demikian.

Sementara orang ramai yang berada di sekelilingnya telah bertepuk tangan dan bersorak. Mereka juga tidak ketinggalan merakamkan aksi terbabit.

Namun ketika orang ramai gembira menyaksikan aksi tersebut, seorang wanita telah masuk campur.

“Ini tidak masuk akal, tidak ada justifikasi untuk melakukan ini. Bagaimanakah kau boleh melakukan ini di hadapan kanak-kanak di pusat bandar? Kau tidak menghormati wanita dengan tindakan ini,” jeritnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.