Wanita Hamil Ragut Budak, Kantoi Di CCTV

SEPANG — Sekumpulan empat wanita ditahan polis selepas meragut dan mencuri barang kosmetik di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya.

Dua daripada mereka hamil dan ada yang membawa anak kecil. Mereka mensasarkan barang kemas kanak-kanak sewaktu ibu sedang leka, lapor Sinar. 

Ketua polis daerah Sepang berkata suspek menjalankan operasi memutuskan rantai leher atau gelang kanak-kanak menggunakan pemotong kuku pada 18 Oktober.  

“Ibu mangsa hanya menyedari selepas melihat rantai yang dipakai anak mereka itu tiada sebelum membuat laporan polis,” kata ACP Abdul Aziz Ali. 

Selepas dicam melalui rakaman CCTV, kumpulan wanita itu ditahan pada 12.30 tengah malam bersama barang yang disyaki hasil ragut.

Lima utas rantai emas, tiga utas loket emas, gunting kecil, pemotong kuku dan pelbagai barangan kosmetik dianggar RM6,000 ditemui.

Beliau menyimpulkan dengan tertangkapnya semua suspek, berumur 18 hingga 47, polis berjaya menyelesaikan lima kes di pusat membeli-belah itu. 

Kes disiasat bawah Seksyen 379 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.