Video : Tular Wanita Pukul Budak Di Stesen LRT

Tindakan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara menerima reaksi pelbagai daripada netizen selepas rakaman tersebut menjadi tular di laman sosial, sejak 30 Oktober lalu.

Rakaman video tersebut yang dimuat naik di laman FacebookMetafora Anafora sehingga kini mendapat tontonan lebih sejuta kali dan dikongsi lebih 533 pengguna Facebook. Namun, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, lapor MD.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 33 saat yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen tren tersebut, wanita berkenaan yang dalam keadaan begitu marah dilihat berkali-kali memukul, menendang dan mengheret kanak-kanak terbabit.

Kejadian bermula apabila wanita berkenaan dilihat cuba menyerahkan tiket tren kepada kanak-kanak malang terbabit bagi membolehkan dia melalui mesin pengimbas. Bagaimanapun, wanita berkenaan secara tiba-tiba memukul kepala kanak-kanak terbabit sebelum mencampak tiket tren tersebut.

Kanak-kanak terbabit yang dalam keadaan menangis kelihatan meronta-ronta memanggil wanita berkenaan.

Wanita berkenaan yang turut membawa dua beg bersamanya kemudian pergi mendapatkan kanak-kanak terbabit sebelum sekali lagi dia bertindak kasar dengan menarik baju kanak-kanak itu dan menghayunnya ke satu sudut lain.

Akibat tindakan tersebut, kanak-kanak terbabit kelihatan kesakitan lalu menghampiri si ibu namun tidak diendahkan wanita berkenaan yang ketika itu sedang mengutip barang yang bertaburan di lantai.

Kemarahan si ibu kepada kanak-kanak itu tidak berakhir di situ apabila dia sekali lagi bertindak menendang beberapa kali di bahagian belakang anaknya selepas budak terbabit enggan memakai selipar.

Ketika kejadian berlaku, orang ramai sibuk melalui kawasan kejadian namun mereka hanya memerhati tanpa cuba untuk menghalang wanita berkenaan daripada mengasari kanak-kanak terbabit.

Tidak dapat dipastikan punca wanita berkenaan begitu marah sehingga tidak dapat mengawal perasaannya di tempat awam, namun rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai.

Segelintir netizen mengecam tindakan wanita berkenaan memperlakukan sedemikian rupa terhadap kanak-kanak terbabit, sementara segelintir lagi tidak menyalahkan si ibu kerana berpendapat bahawa mungkin dia tertekan atau kepenatan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=148826489065585&id=131469394134628

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.