Video: Claire Brown-Ambiga Ada Hubung Kait, Dakwa NGO

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia, Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa Editor Sarawak Repost , Clare Rewcastle Brown mempunyai hubung kait dengan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ia susulan kenyataan Clare bahawa beliau mendapat maklumat daripada Ambiga.

Menurut Zulkarnain, beliau cukup yakin dengan kenyataan Claire bahawa Ambiga merupakan individu yang memberikan maklunat kepadanya mengenai isu Umno memberi dana kepada Pas.

“Saya cukup yakin bahawa Ambiga ini mungkin memberikan maklumat tersebut.

“Adalah terlalu mustahil bagi Clare Brown berani meletakkan nama Ambiga di dalam tuntutan balas kepada mahkamah.

“Kalaulah tidak benar, sudah tentu Clare Brown tahu apa itu risiko dia, memfitnah Ambiga ini saya fikir,”katanya ketika ditemui media di hadapan IPD Briekfield, semalam.

Keyakinan Zulkarnain ini diperkukuhkan lagi apabila beliau mendakwa melihat kelibat Clare Brown dalam Perhimpunan Bersih.

“Saya tengok perhimpunan Bersih, Clare Brown ada di sana, jadi nampak sangat hubung kait wujud di situ,”ujarnya.

Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat ke atas Ambiga yang didakwa telah memberi maklumat mengenai isu tajaan ke atas PAS itu.

Dua hari lepas, Clare Ambiga sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Clare menjelaskan, bekas Pengerusi Bersih itu memberitahu mengenai Najib, PAS dan isu 1MDB kepadanya pada Julai tahun lalu.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.