Video : Budak Berselawat Di Pentas, Buat Juri Terpegun Jadi Tular

Video seorang remaja berusia 13 tahun menyertai ujibakat The Voice Kids Indonesia ditonton sehingga 4 juta kali di Youtube.

Sharla, peserta remaja perempuan dari Jomba, Indonesia berjaya menarik perhatian juri rancangan itu, Agnes Monica, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus, dengan hanya mengalunkan sepotong qasidah sambil diiringi instumen muzik ringkas.

Reaksi Agnes, “Suaranya kamu bagus dan stabil! Untung saya pilih.”

Kedua-dua juri lelaki Bebi Romeo dan Muhammad Tulus terkejut dengan kualiti bakat dan aura mempesonakan remaja berusia 13 tahun itu.

Video yang dimuat naik sejak 26 Oktober itu telah ditonton lebih 4 juta kali dan mendapat hampir 10,000 komen yang pelbagai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.