Video: Ahli PPBM Tiada Rekod Di ROS

PUTRAJAYA – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  Kluang, Arjuna Putra Ali hari ini mendakwa bahawa ahli-ahli PPBM tidak mempunyai sebarang rekod di  Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurut beliau, setelah melakukan semakan di Ros, nyata PPBM tidak mempunyai keahlian di dalam Ros.

“Kita tertakluk kepada Ros, dan sepatutnya pimpinan sepatutnya mengadakan mesyuarat agong yang mana kita sebagai akar umbi sebagai satu platform untuk bersuara, untuk lontarkan pandangan dan sampai sekarang akar umbi tidak boleh bersuara kerana tidak ada mesyuarat agong.

“Dan sebab itulah penyata-penyata akaun, kewangan yang dikeluarkaan sehingga sekarang kami tidak tahu.

“Sedangkan kami semak di Ros, kita tidak ada keahlian PPBM di dalam Ros, dan bagi saya ini adalah satu penipuan yang besar,” katanya ketika ditemui di hadapan pejabat Ros tadi.

menurut beliau lagi, tiada sebarang bentuk mesyuarat agong yang dilaksanakan oleh PPBM di semua peringkat dan ini menyukarkan ahli untuk untuk mengetahui sebarang bentuk maklumat.

“Sepatutnya, dalam tempoh setahun, apabila kita semak kepada Ros, perlu diadakan mesyuarat alam tempoh setahun, tapi kita tengok sekarang, kita lihat pada PPBM, tidak ada jalankan apa-apa mesyuarat agong sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

“Sebelum ini, pihak pimpinan PPBM telah menjalankan satu perhimpunan di Muar baru-baru ini, tapi ianya hanya sambutan haari jadi dan bukannya persidangan yang mana complaining with the profesional.

“Walaubagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang bentuk notis bertulis, sama ada perlaksanaan messyuarat agong diperingkat cawangan ataupun di peringkat bahagian ataupun secara bertulis penyampaian ganti mahupun dalam sebaran sosial.

“Kesan daripada ini yang tidak melakukan mesyuarat agong, kami tidak mengetahui apakah status dan kepimpinan parti dari segi perancangan, gerak kerja parti serta kesahihan penjawat jawatan dalam parti,”ujarnya.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.