Tunai Umrah, Peminat Doa Marsha Terus Berhijab

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama suami dan keluarganya hari ini.

Marsha secara ringkas memberitahu dia sudah lama berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah dan bersyukur akhirnya direalisasikan.

“Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah pada 1 November (hari ini) bersama-sama keluarga saya,” katanya, lapor Gempak.

Marsha menerusi entri di Instagram peribadinya tiga hari lalu memuatnaik gambarnya bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, selepas selesai kursus umrah di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, selesai kursus umrah bersama suami tercinta,” tulis Marsha.
 
Malah, foto yang memaparkan Marsha bertudung itu juga menarik perhatian netizen untuk mendoakan agar penyanyi kelahiran Sabah itu terus istiqamah selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.