Tayang Gambar Romantik ,Kejujuran Lelaki Ini Buat Netizen Puji

Selain tempat berkomunikasi, media sosial juga adalah salah satu tempat dimana orang ramai berkongsi kehidupan mereka melalui  gambar dan video yang dimuat naik.

Cara ini juga digunakan beberapa pasangan untuk mempamerkan kemesraan mereka pada orang ramai.

Baru-baru ini, satu gambar pasangan kekasih menjadi  viral di media sosial. Seorang lelaki muda bernama Sergio Ledezma memiliki kekasih bernama Taylor Ramirez.

Pasangan berasal dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat ini telah menjadi heboh di media sosial. Hubungan remaja ini bermula apabila kedua-duanya bertemu di Twitter. Pemuda yang berusia 18 tahun ini akhirnya berkawan dengan Ramirez.

Sergio Ledezma dan Taylor Ramirez

Ledezma akhirnya memberanikan diri meminta nombor telefon bimbit Ramirez. Hubungan mereka semakin dekat dan kini keduanya telah bercinta selama 3 bulan.

Minggu lalu, Ledezma memuat naik sekeping gambar ke akaun Twitter-nya. Dalam gambar tersebut, kelihatan Ledezma dan Ramirez tengah tidur bersama. Ledezma memeluk kekasihnya itu dari belakang. Sementara itu, gadis berusia 17 tahun itu memeluk anjing peliharaannya bernama Jeffry..

Foto Sergio Ledezma dan Taylor Ramirez

Potret 2 remaja ini kelihatan sangat mesra dan intim. Pada masa memuat naik gambar ini, Ledezma menuliskan caption romantis. “Hidup saya sangat bertuah”

Sekilas pandang gambar pasangan muda ini kelihatan romantis dan istimewa. Tetapi, terdapat kejanggalan yang dijumpai oleh netizens. Mereka keliru bagaimana momen peribadi ini boleh diambil  sama ada secara candid atau diam-diam.

Beberapa orang meneka bahawa pasangan ini mengupah seorang jurugambar. Ada pula yang menyangka 2 remaja ini meminta bantuan rakan mereka untuk mengambil gambar. Bahkan ada yang mengatakan gambar ini diambil oleh hantu.

Demi mengelakkan serangan dari netizen, akhirnya pengakuan dari mereka pun terungkap. Ledezma mengaku bahawa dia dengan hati-hati memasang timer di kameranya. Selepas itu, lelaki muda itu dengan hati-hati mengambil kedudukan di atas katil.

Semua ini dilakukannya untuk menangkap momen sweet dirinya dan kekasihnya. “Ya, saya meletakkan kameradengan timer dan berlari ke tempat tidur saya,” katanya kepada BuzzFeed News.

Secara berani Ledezma mengakui cara dia mengambil gambar romantis ini. Tak disangka, pengakuannya ini membuat para netizen terkesan.

Sergio Ledezma dan Taylor Ramirez

Bukan hanya kejujurannya yang jadi viral, Ledezma malah dipuji kerana kesungguhannya demi mendapat moment dalam gambar tersebut. Malah, gambar Ledezma dan teman lelakinya itu dianggap sebagai #relationshipgoals.

 

Bukan itu sahaja, aksinya ini juga menginspirasi pasangan lain untuk melakukan hal serupa.

“Aku tidak malu,” luah pemuda tersebut.

Dia mengaku sering  menggunakan timer untuk mengambil gambar mereka. Ledezma juga mengaku bahawa sebenarnya mereka tidak benar-benar tidur.

Foto Sergio Ledezma dan Taylor Ramirez
Sergio Ledezma dan Taylor Ramirez (Sergio Ledezma via BuzzFeed)

Bukan hanya gambar mereka yang jadi perhatian, beberapa netizen malah  memuji bulu Jeffry yang nampak cantik

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.