Remaja Buang Bayi Sendiri Kerana Malu

Muhammad Riduan alias Duan  yang berusia 18 tahun kini hanya tertunduk malu ketika ditemui di ruang Unit PPA Satreskrim Polres Banjar Kalsel. Pada wajahnya jelas kelihatan penyesalan.

Dia yang merupakan pelajar kolej di kota Martapura, Indonesia, telah membuang anak hasil hubungan haram dengan seorang perempuan .

Bayi tersebut dijumpai oleh seorang penduduk , Sahlah di dalam sebuah kotak .

Duan mengaku nekad melakukan perbuatan tersebut gara-gara terlanjur.

Dia tidak mampu mengatasi rasa malunya, sehingga membuang bayi hasil hubungan haramnya.

Duan juga mengatakan perbuatannya itu dirancang dalam keadaan sedar. .

“Iya, saya yang membuangnya. Kerana habis akal saja bayi merupakan hasil hubungan gelap,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.