PM Britain Terkejut Serangan Bersifat ‘Pengecut’ Di New York

LONDON – Perdana Menteri Britain, Theresa May, pada Selasa berkata beliau “terkejut dengan serangan bersifat pengecut” di Bandaraya New York  (NYC), yang menyaksikan lapan orang maut dalam insiden membabitkan rempuhan oleh sebuah trak pikap, lapor agensi berita China Xinhua.

“Doa dan ingatan saya bersama mereka yang terjejas dalam insiden ini,” katanya. “Bersama-sama kita akan menewaskan syaitan keganasan dan UK berdiri teguh dengan NYC.”

Dalam insiden itu, seorang lelaki memandu sebuah trak pikap yang disewa sebelum merempuh serta menyebabkan lapan orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera di laluan sikal dan joging pada petang Selasa, lapor Bernama.

Datuk Bandar NYC Bill de Blasio berkata “Ini adalah satu tindakan keganasan.”

Lokasi kejadian terletak kira-kira 10 blok di sepanjang Lebuhraya Sebelah Barat dan beberapa blok dari One World Trade, Manhattan di pusat bandar NYC.

Menurut laporan, seorang suspek telah ditahan dan dikenal pasti sebagai Sayfullo Saipov, berusia 29 tahun dari Tampa di negeri Florida. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.