Pasaraya dan Cawangan Bank Ditutup Akibat Trend Beli Belah Dan Perbankan Online

Tulisan Asal (BI): Eric See-To
Olahan Semula (BM): R.A.S.L.

Sebagaimana dulu pihak pembangkang pernah mempergunakan hal penutupan beberapa cawangan bank yang sebenarnya berpunca daripada peralihan kecenderungan perbankan kepada sistem perbankan dalam talian (online banking), untuk mengelirukan rakyat dan mendakwa kononnya cawangan-cawangan bank itu ditutup kerana ekonomi negara yang teruk.

Padahal hakikatnya, bank-bank ini mencatatkan rekod keuntungan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jadi kenapa cawangan-cawangan itu ditutup? Cuba tanya diri anda sendiri, berapa banyak kali anda pernah berbaris dan berurusan di cawangan-cawangan ‘bank fizikal’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini?

Sebaliknya, perbelanjaan domestik, iaitu jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dalam negara ini telah meningkat sebanyak 7.1% (6.6% untuk suku kedua 2017).

Bagaimanapun, pertumbuhan jualan runcit dijangka hanya berkembang sebanyak 3.7% pada tahun 2017.

Ini kerana terdapat perubahan ketara yang menyeluruh dalam corak atau kaedah pembelian di seluruh dunia.

Yang mana, seperti rakyat negara lain juga, didapati rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk membeli-belah secara atas talian sekali gus telah mengubah cara rakyat Malaysia berbelanja.

Ia secara tidak langsungnya telah menyebabkan jumlah pengunjung yang datang ke pusat-pusat membeli-belah menjadi semakin berkurangan.

Ia tidak lagi tertumpu kepada outlet-outlet fizikal.

Ditambah pula dengan pembinaan dan pengwujudan pusat membeli-belah yang terlalu banyak terutamanya di Lembah Klang, ada di antara pusat membeli-belah ini yang telah/akan menghadapi tekanan yang akhirnya akan mengakibatkan penutupan – paten yang sama anda dapat lihat di seluruh dunia.

Apa yang pasti, ia bukanlah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang buruk atau kononnya negara akan bankrap. Tidak.

Ini adalah trend global,  jadi usah terpedaya dengan propaganda para propagandis murahan ini.

A.D.A.M.
Aku Darah Anak Malaysia

Eric See-To.

SEP 8, 2016 : Five years from now, one-third of China’s shopping malls will be out of business, report says http://shanghaiist.com/2016/09/08/one_third_shopping_malls_gone.php

JUN1, 2017: Up to 25% of U.S. shopping malls may close in the next five years, report says http://www.latimes.com/business/la-fi-malls-closing-20170531-story.html

Oct 23, 2017: Singapore Malls’ Amazonian Emptiness https://www.bloomberg.com/gadfly/articles/2017-10-23/singapore-malls-are-primed-for-amazon-s-click-de-grace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.