Menakjubkan, Kanak-kanak 17 Bulan Gigit Ular Berbisa Sampai Mati

Kejadian di mana ular menggigit manusia sering terjadi. Tapi apabila manusia menggigit ular yang masih hidup jarang kita dengar.  Namun inilah satu kes luar biasa yang  berlaku ke atas seorang kanak-kanak berusia 17 bulan di Brazil yang bernama Lorenzo.

 

Menurutnya ibunya, Jaine Ferreira Figueira, anaknya itu berlari ke rumah dengan darah di sekitar mulutnya dalam keadaan takut sambil membawa seekor ular di tangannya.

Dia menyangkakan, anak lelakinya telah digigit oleh ular, tapi setelah diperiksa keadaan sebaliknya.

Diketahui ular jararaca kecil, seekor ular berbisa, telah mendekati Lorenzo di kebun.

“Namun Lorenzo menggigit ular kecil itu di kepalanya bagi menghalang ular tersebut menggigitnya kembali,” kata Jaine

Seorang doktor di hospital Sao Luiz berkata kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terkejut.

“Dia terkejut, Saya rasa itu adalah cara dia mempertahankan dirinya atau mungkin dia berfikir itu mainan,” kata doktor terbabit.

Apapun yang terjadi, Jaine merasa bersyukur kerana Lorenzo tidak terluka sedikit pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.