Lelaki Ini Jumpa Timbunan Wang Di Apartmen Yang Dibelinya, Jumlahnya Buat Mereka Terbeliak

Lelaki yang bernama Vermund Thorkildsen ini memperolehi rezeki terpijak apabila membeli apartmen di kawasan Oslo, Norway.

Menurut laporan Dagbladet, Thorkildsen telah menjumpai wang dalam jumlah yang besar di dalam rumah yang dibelinya.

Dilaporkan oleh The Local, selepas membeli rumah itu, Thorkildsen segera datang ke apartmen tersebut bersama tiga sahabatnya.

Image result for pendiang api

Thorkildsen terfikir bolehkah memindahkan tempat pendiang api ke sudut lain di dalam rumah itu. Namun ketika dia mengangkat lapisan batu di bahagian atas untuk melihat pendiang api itu, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Dia menggunakan cahaya telefon untuk melihat lebih jelas. Ternyata terdapat empat pucuk sampul surat di sudut itu. Isi kandungannya membuat mata mereka terbeliak.

Di dalam sampul surat tersebut terdapat wang kertas.

“Saya tidak pasti berapa banyak wangnya. Tapi dalam perhitungan kasar kami sekitar  RM32,000,” katanya pada Dagbladet.

Mereka melompat kegirangan kerana kini dia adalah pemilik sah apartmen itu, maka begitu juga dengan wang tersebut.

Namun sesuatu melintas dalam fikirannya. Lelaki itu kemudian memutuskan tidak mengambil semua wang itu.

“Setelah kegembiraan berakhir, saya menyedari  bahawa wang itu harus dikembalikan. Ada pasangan yang sudah berusia tinggal di flat ini selama bertahun-tahun dan mereka mewariskan seluruh harta bendanya ke Kreftforeningen (Lembaga Kanker Norwegian),” kata Thorkildsen pada VG.

Agen perumahan itu kemudian menghubungi lembaga tersebut dan memberikan wang yang ditemuinya kepada lembaga itu. Thorkildsen mendapat pujian kerana berlaku jujur.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.