Lawatan Najib Ke Amerika Syarikat, Mahathir Mamai Ke?

Sudah lebih sebulan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House. Sudah banyak jawapan-jawapan diberikan kepada pembangkang yang tidak berpuas hati dengan lawatan tersebut.

Malangnya Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih mahu mengulangi serangannya terhadap lawatan Perdana Menteri. Semalam, pada satu sidang media, Mahathir mendakwa kunjungan Najib ke Washington itu bukanlah untuk memperjuangkan nasib orang Rohingya.

Sebaliknya kata Dr Mahathir, Najib bertemu Trump hanya untuk bergambar bersama. Entah kenapa isu berkenaan dibangkitkan semula. Agaknya beliau sudah kehabisan modal untuk menyerang Najib.

Sudah berapa kali Najib memberitahu bahawa lawatannya untuk bertemu Trump itu tidak melibatkan pembayaran malah layan mesra Trump kepada Najib adalah sesuatu yang cukup besar kepada Malaysia.

Sebenarnya lawatan Najib ke AS bukan untuk bergambar pun sebaliknya ia membongkar pembohongan yang dibuat oleh pembangkang terutama Mahathir bahawa Perdana Menteri akan ditangkap sebaik menjejak kaki di negara berkenaan.

Sebelum ini pembangkang mencanangkan bahawa pesawat Najib juga tidak akan dibenarkan melalui ruang udara negara terbabit.

Selepas sekian lama berbohong, akhirnya terbongkar jua. Malah pertemuan empat mata Najib dan Trump membuktikan bahawa selain lawatan berkenaan, ia menunjukkan penghormatan tinggi kerajaan Amerika Syarikat terhadap Najib dan Malaysia.

Bukan itu sahaja, ia telah mematikan dakwaan pembangkang bahawa Perdana Menteri akan ditangkap berikutan siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bukan itu sahaja, pembangkang pula mendakwa lawatan tersebut memberi petunjuk Malaysia bakal tergadai melalui sejumlah besar pelaburan melibatkan kepentingan negara bagi membangunkan infrastruktur AS.

Hakikatnya pelaburan-pelaburan telah dibuat termasuk membeli kapal terbang Boeing untuk MAS dan pelaburan infra teknologi oleh syarikat milik kerajaan (GLC) di Lembah Silicon.

Apa yang paling penting, lawatan ini telah mengukuhkan kerjasama ekonomi dan politik antara kedua-dua negara dan memberikan kesan yang positif kepada Malaysia.

Jadi Mahathir tidak perlu lagi membangkitkan mengenai lawatan Najib ke Amerika Syarikat kerana ia akan terkena diri sendiri kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.