Kisah Wanita India dan Wanita Mat Salleh

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 31 Oktober 2017

Ini adalah kisah seorang wanita India dan seorang wanita Mat Salleh yang berpakat untuk menggulingkan Perdana Menteri sebuah negara yang mereka katakan akan muflis. Oleh itu negara itu perlu diselamatkan, menurut kedua-dua wanita India dan wanita Mat Salleh itu. Untuk menyelamatkan negara itu, mereka akan menggulingkan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Perdana Menteri India yang dahulunya pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan yang merupakan penyebab negara itu bankrup.

Wanita India dan wanita Mat Salleh itu kemudian membuat rancangan. Mereka akan menuduh Perdana Menteri mencuri RM42 bilion wang negara dan akan menyebarkan cerita ini. Wanita India dan wanita Mat Salleh itu mempercayai bahawa jika anda terus mengulangi penipuan yang sama dan jika ramai orang yang mengulanginya, terutama orang Putih yang lain dari negara-negara Mat Salleh seperti Amerika Syarikat, maka perkara yang hitam pun boleh menjadi putih dan putih boleh menjadi hitam.

Masalahnya, walaupun ia mungkin merupakan rancangan yang baik, wanita India dan wanita Mat Salleh itu hilang fokus. Sebelum Perdana Menteri boleh digulingkan, dan sebelum Perdana Menteri India yang lama yang telah mentadbir negara itu selama 22 tahun dan telah memusnahkan negara itu boleh mengambil alih, wanita India dan wanita Mat Salleh itu membenarkan prasangka anti-Islam mereka untuk menguasai mereka . Mereka juga cuba menggulingkan Presiden Parti Islam.

Jadi mereka berpakat untuk membuat cerita bahawa Perdana Menteri telah membeli Presiden Parti Islam untuk RM90 juta. Kemudian mereka berkata seorang lagi pemimpin Parti Islam dibeli dengan harga RM200 juta. Dan itulah sebabnya, wanita India dan wanita Mat Salleh itu berkata, orang-orang ini memutuskan untuk mengeluarkan Parti Islam itu dari pakatan pembangkang.

Hakikat bahawa mereka tidak mengeluarkan Parti Islam itu dari pakatan itu dan sebaliknya pakatan itu dibubarkan adalah perkara kecil sahaja. Hakikat bahawa Adun-Adun di negeri pembangkang enggan untuk meletak jawatan walaupun diberitahu untuk berbuat sedemikian kerana mereka masih mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri adalah satu lagi perkara kecil. Mereka mengatakan Parti Islam keluar pakatan itu kerana rasuah, yang menurut mereka ialah RM90 juta dan kini menurut mereka adalah RM200 juta.

Wanita Mat Salleh itu kemudian mengejek Presiden Parti Islam itu dan mencabar beliau untuk menyamannya. Sekiranya tuduhannya palsu maka Presiden Parti Islam itu patut menyaman. Maka, presiden itu melakukannya dan sekarang wanita Mat Salleh itu kecewa dan mengatakan bahawa Presiden Parti Islam dan Perdana Menteri berpakat untuk mencemarkan nama baiknya dan menghancurkan reputasinya. Beliau juga bertindak balas kerana kerosakan yang dialaminya, kerana menurutnya, beliau mengalami tekanan, kebimbangan dan masalah yang teruk.

Kenapa wanita Mat Salleh ini begitu kepoh tentang negara lain yang tidak ada hubungan dengannya adalah satu misteri yang belum diselesaikan. Negaranya sendiri sudah begitu kecoh tetapi beliau tidak bercakap langsung tentang negaranya sendiri dan bercakap tanpa henti tentang negara lain yang tidak ada hubungannya dengannya. Masalah perkauman sangat tinggi di negaranya sendiri dan orang Islam banyak diserang tetapi akhbar-akhbar tidak membincangkannya. Bahkan ibu negaranya dianggap kota paling berbahaya di Eropah, terutama jika anda seorang Muslim.

Ada yang mengatakan beliau dibayar sejumlah wang yang banyak untuk menyerang Perdana Menteri dan membantu Perdana Menteri India lama yang memusnahkan negara untuk mengambil alih kuasa. Saya ragu-ragu dengan itu, kerana orang Putih adalah orang yang mulia dan jujur dan pastinya mereka tidak boleh disogok. Kitaa jarang mendengar tentang orang Mat Salleh yang melakukan perkara-perkara buruk seperti yang dilakukan orang bukan Mat Salleh. Hakikat bahawa Hitler adalah orang Putih adalah kebetulan dan tidak boleh digunakan sebagai kayu pengukur untuk semua orang Putih.

Ia sama-sama membingungkan mengapa wanita India itu bercakap begitu buruk tentang negara angkatnya apabila beliau menjadi sangat kaya kerana negara angkatnya itu. Di negaranya sendiri kira-kira 100 juta orang India terlibat dalam industri pelacuran. Itu adalah lebih daripada tiga kali ganda penduduk di negara angkatnya. Kanak-kanak diculik dari kampung dan remaja lelaki dan perempuan dilacurkan. Sekiranya mereka cuba melarikan diri, mereka akan dibunuh dan ada seorang yang telah mengakui di TV bahawa dia secara peribadi membunuh 500 orang yang cuba melarikan diri.

Sekiranya wanita India itu kembali ke India, beliau mungkin akan bekerja di rumah pelacuran kanak-kanak untuk menyara hidupnya. Namun begitu, beliau mengutuk negara angkatnya dan tidak berkata langsung tentang keadaan yang mengerikan di negara asalnya sendiri. Omat Islam memanggilnya kufur nikmat – kufur yang berasal dari perkataan kafir.

Apa-apa pun, wanita Mat Salleh itu diberitahu untuk menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri menyogok Presiden Parti Islam itu sebanyak RM90 juta. Tetapi beliau tidak dapat berbuat sedemikian. Sebaliknya beliau memberitahu mahkamah bahawa wanita India itu yang memberitahunya cerita itu. Ketika media bertanya kepada wanita India itu, beliau menjawab ‘tidak ada komen’.

Jadi, nampaknya seperti sama ada wanita Mat Salleh itu telah menyebabkan wanita India itu ditimpa masalah atau sebaliknya. Apa-apa pun, kedua-duanya kini berdepan dengan masalah. Apa-apa pun, wanita Mat Salleh itu telah menuduh wanita India itu sebagai orang yang memulakan cerita.

Dan ini bukan cerita rasuah pertama yang dimulakan oleh wanita India itu. Dalam satu insiden sebelum ini, wanita India yang sama ini telah memulakan kisah tentang Ketua Menteri sebuah negeri pembangkang yang disogok oleh Perdana Menteri mengenai kes Bank Islamnya. Ketua Menteri itu terpaksa meletak jawatan kerana cerita itu dan orang yang telah menyebarkan kisah ini telah disaman di mahkamah dan akhirnya terpaksa meminta maaf untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Jadi, wanita India ini telah dikesan menyebarkan lebih daripada sekadar satu cerita rasuah. Beliau mendapat kepuasan apabila menceritakan kisah tentang orang yang menerima suapan.

Apa-apa pun, itulah kisah wanita India dan wanita Mat Salleh yang menyebarkan cerita-cerita palsu dengan harapan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan seorang Perdana Menteri India yang telah mentadbir negara itu selama 22 tahun dan telah memusnahkan negara itu. Apa yang diketahui adalah bahawa wanita Mat Salleh itu telah menyalahkan wanita India itu manakala wanita India itu enggan mengatakan apa-apa.

Tetapi inilah yang gemar dilakukan oleh wanita India itu. Beliau memulakan sesuatu tetapi tidak mahu bertanggungjawab untuknya dan membiarkan orang lain yang terpaksa bertanggungjawab. Dan kemudian beliau memberitahu Perdana Menteri bahawa sesiapa yang mahu membentuk kerajaan akan memerlukan undi India atau tidak, tanpa undi India, mereka tidak boleh memenangi pilihan raya. Dan kemudian mereka bercakap dengan kedua belah pihak dan menawarkan undi mereka kepada pembida tertinggi seperti dalam lelongan.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/the-tale-of-indian-and-white-women/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.