Juruhebah Cekak Leher Baju Polis Hingga Cedera

NILAI — Seorang juruhebah, yang lari dari sekatan jalan raya dan mencederakan anggota polis, ditahan di Persiaran Bandar di sini semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang, lelaki itu, 33, memecut kereta setelah menghampiri sekatan jalan raya sebelum dikejar hingga di Rumah Rakyat Nilai, lapor BH.

Pemuda itu, berasal Labu di Negeri Sembilan, enggan memberi kerjasama apabila diminta membuka tingkap kereta di situ.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian suspek keluar dari kereta dan bertindak mencekak leher baju anggota polis hingga cedera.

“Orang awam yang berada di kawasan itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan menahan suspek,” katanya. 

Suspek, yang pernah ada kes mencederakan, didapati memandu dengan lesen tamat tempoh, memotong di garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat.

Ditahan di balai polis Nilai, beliau bagaimanapun didapati negatif dadah. 

Suspek disiasat bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu berbahaya dan Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam.

Laporan itu tidak memberi butiran majikan juruhebah tersebut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.