Gara-Gara Tidak Dibenarkan Berkahwin, Remaja berusia 16 Tahun Nekad Bakar Rumah

Pihak polis berjaya menangkap seorang suspek yang dikatakan telah membakar rumah di Indonesia.

Suspek  yang bernama Hen itu baru berusia 16 tahun dan berasal dari Kampung Basel, Indonesia. Dia dikatakan  telah membakar rumahnya sendiri kerana dia tidak dibenarkan berkahwin.

Penangkapan  bermula dari pencarian suspek yang diketahui berada di rumah salah seorang penduduk kampung tersebut.

Kemudian tepat pukul 11 malam, polis terus ke menyerbu tempat persembunyian Hen.

 

“Selepas ditangkap, dia diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.  Jenayah itu dilakukan secara sengaja oleh Hen, yang tidak mendapat izin untuk berkahwin oleh ibunya,” kata polis.

Hen pada mulanya terlibat dalam pertengkaran mulut dengan ibunya Aria, selepas dia meminta untuk berkahwin tetapi ibu bapanya tidak memberi izin. Selepas bertengkar Hen segera membakar tilam di biliknya.

“Kerana dia masih lagi budak dan kekangan kos, dia tidak dibenarkan kahwin. Di dalam biliknya dia membakar tilam, jadi api merebak ke ruang tamu dan depan rumah.

“Setelah itu, dia melarikan diri ke belakang rumah,” kata ibunya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.