Dipaksa Nikah, Wanita Bunuh Suami dan Anggota Keluarganya Dengan Racun Yoghurt

Seorang wanita yang beasal dari Pakistan membunuh suami dan 12 ahli keluarganya dengan yoghurt beracun.

Pejabat ketua polis ,Owais Ahmad mengatakan, wanita yang bernama Asiya Bibi itu telah ditangkap dan ditahan atas tuduhan pembunuhan yang dilakukan.

“Polis telah menahan Asiya Bibi bersama seorang lelaki dan pembantu rumahnya yang membantu merancang pembunuhan itu,” katanya.

Lelaki yang membantu pembunuhan tersebut merupakan kekasih Asiya, sementara pembantu rumah lelaki itu membantu melaksanakan strategi rancangan mereka.

Dilaporkan dari AFP,pada mulanya  Asiya mencampurkan racun pada minuman susu untuk suaminya .Namun, rancangan tersebut gagal kerana suaminya tidak meminumnya.

Kemudian, dia memasukkan racun ke gelas minuman yang dicampuri yoghurt. Minuman itu disajikan pada suami dan seluruh anggota keluarga dari pihak suami.

Diketahui, Asiya Bibi dipaksa menikah pada September lalu. Kahwin atas dasar paksaan dan pernikahan bergini sudah biasa terjadi di Pakistan, terutama di daerah perkampungan dan daerah miskin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.