Cristiano Ronaldo Pilih Nama Anak Keempat Alana Martina

Pemain bola sepak terbaik dunia, Cristiano Ronaldo mengesahkan telah memilih nama Alana Martina untuk anak keempatnya.

Bayi perempuan itu dijangka akan dilahirkan pada pertengahan bulan November ini.

Perkara itu didedahkan oleh Ronaldo dalam satu video live streaming di akaun Instagramnya baru-baru ini.

“Nama Alana pilihan saya manakala Martina pilihan Gio,” kata Ronaldo, merujuk kepada teman wanitanya, Georgina Rodriguez, yang turut serta dalam sesi live itu, lapor Gempak.

Rata-rata peminat Cristiano Ronaldo mengakui tidak sabar untuk menantikan anak keempatnya itu.

Alana merupakan anak pertama Ronaldo bersama Georgina.

Ronaldo telah memiliki tiga orang anak, Cristiano Ronaldo Jr, 7, dan pasangan kembar, Eva dan Mateo, yang dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.