UAI Masih Diterima Walaupun Video Seks Miripnya Tersebar

Kota Bharu – Biarpun dikaitkan dengan video seks individu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.

Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri ini.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.

Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.