Selamat Maju Jaya, Bersaing Dengan Semangat Kesukanan – Najib Razak

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berentap pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu.

Kedua-dua pasukan itu bakal beraksi pada 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Najib turut berharap agar kedua-dua pasukan akan bersaing dengan penuh semangat kesukanan.

“Selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan yang akan berentap untuk Piala Malaysia esok (Sabtu). Bersainglah dengan penuh semangat kesukanan,” kata Najib menerusi entri dalam laman Facebook beliau pada Jumaat.

Pahang mara ke final setelah menewaskan Kedah dengan agregat 6-3 manakala JDT menewaskan Felda dengan agregat 6-5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.