Media Sosial Bakal Digunakan, Heret Pihak Terlibat Aktiviti Keganasan

Kuala Lumpur – Maklumat yang terkandung dalam media sosial bakal digunakan sebagai “hard evidence” untuk mengheret mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti keganasan ke muka pengadilan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dilakukan sebagai kaedah pencegahan dalam membanteras jenayah keganasan pada masa akan datang.

“Itu (Akta Pencegahan Jenayah-Poca) adalah untuk penjenayah, Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 adalah untuk penceroboh, tetapi tiada aspek pencegahan dalam soal itu.

“Ada seorang yang ditahan, sekarang hari ke-17 dia ditahan kerana disyaki menyalurkan dana untuk membantu pengganas.

“Daripada pemantauan yang dibuat, dari media sosialnya, dia cukup aktif, bukan setakat simpati beliau terhadap kumpulan berkenaan, tetapi beliau ada keterlibatan.

“Begitu juga komunikasi yang dia gunakan, ia hanya diketahui oleh orang itu sendiri dengan rangkaiannya dan ini diketahui oleh pihak polis dan ini dibuat adalah semata-mata untuk melakukan pencegahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selasa lalu, Ahmad Zahid menambah, kerajaan sedang menyediakan kertas putih untuk menjelaskan kepada rakyat tentang ancaman keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Kertas putih itu turut merangkumi statistik kira-kira 39 rakyat Malaysia dikesan menyertai kumpulan Negara Islam (IS) setakat ini.

Sehingga kini, pembanteras jenayah keganasan itu diambil di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Pencerahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.