Kaka Gementar, Bakal Bersaing Nama Besar

Petaling Jaya – Saat lagunya ‘Infiniti Cinta’ diumum tersenarai dalam 30 lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 29, penyanyi Kaka Azraff berkata dia sangat gembira namun berasa gementar kerana bakal bersaing dengan bukan saja teman-teman seangkatn malah dengan beberapa penyanyi nama besar seperti Dato’ Hattan Dayang Nurfaizah, Hafiz dan Alya yang akan turut berentap pada kali ini.

“Ini pertama kali saya ke pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu ni. Gementar sangat apatah lagi nak bertanding dengan nama-nama besar. Tapi saya akan gunakan peluang ini sebaiknya dan berikan yang terbaik nanti. Dengan saingan yang dahsyat-dahsyat ni, saya hanya mampu berdoa saja”, katanya sambil tersenyum ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 bertempat di TV3, Sri Pentas, semalam.

Bagaimanapun seperti semua tahu, bukan Kaka seorang yang menyanyikan lagu ciptaan Audi Mok dan Omar K serta lirik oleh Khalif ini, tetapi lagu hits yang sedia menjadi siualan ramai itu turut menampilkan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Kata Kaka, walaupun pernah tercetus kontrversi dan konflik dalam antara Zizan dan pihak pengurusan Kaka iaitu Wirefame Entertaiment (yang juga merupakan bekas pengurusan Zizan), namun hal tidak menjadi penghalang untuk dia dan Zizan itu bergabung di pentas.

Malah, meskipun Zizan seorang yang sangat sibuk namun dia percaya teman duetnya itu boleh memberikan kerjasama dari segi persiapan untuk mereka membuat persembahan di pentas separuh akhir pada minggu kedua iaitu pada 21 November ini.

“Saya profesional dalam bekerja. Tentang isu-isu lalu tu, saya tolak tepi. Lagipun isu tersebut sudah selesai. Dan saya rasa tiada masalah untuk kami bekerjasama di pentas nanti.

“Kalau nak kata gabungan kami akan kembali menjernihkan hubungan atau menyatukan semula Zizan dan Wirefame, saya pun tak berani nak cakap apa-apa. Tapi saya harap ada sesuatu yang baik akan berlaku lah.

“Saya tahu Zizan seorang yang sibuk tapi saya percaya dia boleh atur jadual kerja dan luangkan masa untuk bekerjasama dengan saya. Sebelum n pun kita tahu dia memang sibuk sepanjang tahun, kan. Rasanya ni perara keci saja bagi dia.

“Lagu ni melibatkan dua orang, saya dan Zizan.  Masing-masing punya citarasa tersendiri. Jadi, kami akan berbincang tentang konsep dan persembahan yang bagaimana kami ini bawakan nanti”, katanya.

Selain Kaka dan Zizan yang mempertaruhkan lagu Infiniti Cinta, artis lain yang turut berentap ada minggu kedua seperti I Am Neeta Ft Najwa Latif (Kau Pergi Jua), Indah Ruhaila (Percayalah), Amir Jahari (Aku Juga Manusia), Encik Mimpi (Rindukanlah), Waris & Dato’ Hattan (Gadis Jolobu), Fynn Jamal (Arjuna Beta), Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga), Encik Mimpi (Ayuh Tinggalkan Dia), Kristal Ft Ronnie Hyper Act (Pasti Sempurna) dan Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua).

Para penonton berpeluang menyaksikan persembahan artis-artis pujaan mereka secara percuma di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau secara langsung di TV3 pada jam 9 malam hingga 10.30 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.