Fahmi Berdepan 9 Tuduhan, Terima Surat Lembaga Disiplin Universiti

Petaling Jaya – Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan sebuah portal berita online, Fahmi menerima sepucuk surat pada Jumaat dan diminta untuk menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin di universiti tersebut pada 7 November ini.Dia memberitahu portal tersebut bahawa lapan lagi pelajar lain yang terlibat dalam ceramah itu turut menerima surat daripada universiti berkenaan.

Pada Isnin, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

UM membantah penganjuran ceramah itu dan Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar UM), Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata kakitangan universiti terbabit diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekitarnya pada pukul 4 petang.

Pada pukul 7 malam, dua pintu pagar utama universiti tersebut dikunci dan dikawal ketat oleh anggota keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.