Che Ta Dapat Bayi Perempuan – Zain

Kuala Lumpur – Suami kepada aktres jelita Rozita Che Wan, Zain Saidin memaklumkan yang isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Che Ta melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

Aktres itu dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.