Rakyat Tak Percaya PH Lagi Jika Mahathir Tak Tepati Janji Serah Jawatan PM – Otai Reformasi

PETALING JAYA – Kumpulan pro-Anwar mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bahawa semua pemimpin bawahnya tidak akan dipercayai rakyat lagi jika beliau tidak tepati janji peralihan kuasa yang diuar-uarkan sebelum ini.

Otai Reformis 1998 mengulas kenyataan Mahathir mengatakan dia mungkin ada tiga tahun lagi sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15, mengatakan pimpinan komponen bersetuju Anwar akan mengambil alih tempatnya dalam tempoh dua tahun.

“Sekiranya janji Mahathir ini tidak ditepati maka kita yakin rakyat teramai akan hilang keyakinan bukan sahaja terhadap tahap kebolehpercayaan mereka kepada kata-kata dan janji-janji Mahathir, tetapi mereka juga hilang kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin PH secara keseluruhannya,” kata Pengerusi Idris Ahmad dalam kenyataan.

Kumpulan itu juga menolak alasan jawatan itu akan diserahkan sebaik negara pulih daripada beban hutang, mengatakan ketidakpastian sekitar isu peralihan kuasa menyebabkan pelabur asing rasa was-was.

“Selagi Mahathir tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan kepada Anwar, kita khuatir ekonomi kita akan berada dalam keadaan tidak menentu ekoran pelabur asing merasa was-was terhadap senario yang tidak kondusif ini,” katanya.

Peringatan daripada kumpulan pro-Anwar itu menyusuli kritikan pengasas PKR, Syed Husin Ali terhadap isu peralihan kuasa baru-baru ini.

Ahli politik veteran itu secara terbuka mengatakan dia tidak boleh pegang kata-kata Mahathir kerana beliau memberikan jawapan yang berlainan apabila bercakap mengenai hal itu.

Mahathir berkata dia mungkin ada tiga tahun lagi pada satu dialog di New York, Amerika Syarikat pada 24 Sept lepas.

PRU-15 dijadualkan berlangsung pada 2023.

Mahathir yang dilantik menjadi perdana menteri selepas Pakatan Harapan menang PRU-14 pada Mei tahun lepas berkata dia akan berundur selepas dua tahun.

Bawah perjanjian antara parti komponen PH, Mahathir perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar, pilihan pertama sebahagian besar parti komponen, tetapi tiada tarikh ditetapkan. – FMT

Lain-lain berita;

Dividen LTAT Hanya 2 Peratus, Kenapa Rafizi Diam Seribu Bahasa? – Hishammuddin

Dekat PRU15 Baru Nak Serah Jawatan PM Kepada Anwar, Itu Nak Bunuh PH – PKR

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Desakan PKR Supaya Dr Mahathir Letak Jawatan, Tindakan Tak Bertanggungjawab – PPBM

Dividen LTAT Terendah, Kerajaan Malu Nak Mengaku Ekonomi Merosot Bawah PH – Najib

Lidah Mahathir Bercabang Tiga, Laung Selamat Negara Satu Pembohongan – Penasihat PKR

One thought on “Rakyat Tak Percaya PH Lagi Jika Mahathir Tak Tepati Janji Serah Jawatan PM – Otai Reformasi

  • October 2, 2019 at 9:57 am
    Permalink

    X payah tunggu nanti.. Sekarang ni pun rakyat dh hilang kepercayaan pd mahadir dan kera jaan PH.. Tggu PRU15 tumbang la PH tersungkur rebah wahai otai pembodek pH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!