TMJ Sindir Syed Saddiq Bercakap Tentang Kesempurnaan Tun M?

SHAH ALAM –  Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitter dipercayai menghentam Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Beliau tanpa menyebut nama memetik tentang ‘kesempurnaan’ yang diperkatakan seseorang yang pada masa itu masih tidak lahir lagi. 

“Kesempurnaan?  Sama ada kamu berkhayal atau obses?Kamu dalam perut mak lagi masa itu, budak. Buat kajian sikit,”

Terdahulu Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan menerusi Twitternya menganggap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘the perfectionist’ (kesempurnaan) dan ketelitian Tun M terhadap teks ucapan sendiri dan juga apa yang ingin disampaikannya.

Untuk rekod, Syed Saddiq pernah menulis surat terbuka susulan keputusan istana Johor yang melarang protes jalanan di negeri itu.-SuaraTv

One thought on “TMJ Sindir Syed Saddiq Bercakap Tentang Kesempurnaan Tun M?

  • October 1, 2018 at 4:48 pm
    Permalink

    yb siddiq teruskan usaha dan arah tuju PH org lain apa tahu?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.