Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superitenden Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, sebanyak empat permit ceramah telah dikeluarkan iaitu tiga kepada Pakatan Harapan (PH) dan satu Pas.

Menurut Mohd. Faisal, sehingga kini, calon-calon Bebas masih tidak menganjurkan apa-apa ceramah yang memerlukan permit daripada pihak polis.

“Kemungkinan mereka mempunyai pendekatan yang berlainan daripada dua parti berkenaan. Mereka mendekati pengundi dengan pergi ke tempat awam, rumah ke rumah dan lain-lain dan ini dibuat secara aman,” ujar beliau.

Seramai tujuh calon bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini melibatkan seorang calon PH dan Pas manakala lima calon Bebas.

Sementara itu, katanya, polis menerima dua laporan sepanjang tempoh berkempen iaitu kes kehilangan beg mengandungi kamera dan mikrofon milik seorang jurugambar serta panggilan ugutan ke Bilik Gerakan PRK daripada lelaki yang telah dikenal pasti identitinya. – UTUSAN ONLINE