“Siapa Akan Jadi Mangsa ‘SPRM’ Dia Lepas Ni?”

SHAH ALAM – Penasihat Undang-undang PKR, Latheefa Koya ‘membahan’ Rafizi Ramli susulan keputusan pemilihan parti itu di Johor yang menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului kiraan undi mengatasi bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Menerusi satu posting di Facebook, Latheefa berkata Rafizi pastinya berang ekoran pasukannya tidak mampu menandingi Azmin.

“Seseorang memberitahu saya bahawa pasukan ‘baby boy’ tidak dapat melakukannya dengan baik di wilayah selatan. Sudah marah. ‘Baby boy’ melompat ke atas dan ke bawah.

“Tertanya-tanya siapa yang akan jadi mangsa ‘SPRM’ dia selepas ini,” sindirnya.

Walaupun tidak menulis siapa yang dimaksudkan, namun hampir pasti sindiran itu ditujukan kepada Rafizi. 

Rafizi sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM, dipercayai berkaitan dengan ‘habuan seks’ yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kontroversi dalam pentadbiran Selangor pimpinan Azmin.

Bagi keputusan pemilihan di Johor, Azmin mendahului apabila memperoleh 4,503 undi mengatasi Rafizi yang mendapat 3,976 undi menerusi pengundian membabitkan 24 cabang PKR di seluruh negeri itu yang berlangsung malam tadi.

Azmin juga mengatasi Rafizi di Pulau Pinang apabila pengiraan undi di semua 13 cabang PKR di negeri tersebut mendapati Azmin beroleh 3,326 undi manakala Rafizi menerima 3,150 undi.

Kedua-dua mereka berentap untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. -SuaraTv 

One thought on ““Siapa Akan Jadi Mangsa ‘SPRM’ Dia Lepas Ni?”

  • October 2, 2018 at 10:57 am
    Permalink

    bodoh!! jawatan tk penting ..sikap pegangan.arah tuju.wawasan . kerja2 tu yg utama..ngok!! sapa menang tk penting?? yg bolih kerja tu yg kita hendak?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.