Saman Wakil Rakyat Keluar Parti Tidak Wajar – Veteren UMNO

KUALA LUMPUR: Tindakan UMNO untuk menyaman wakil rakyatnya yang keluar parti adalah tidak wajar sekiranya tiada peruntukan undang-undang bagi membenarkan perkara itu dilaksanakan.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pada pengetahuannya, sehingga kini tiada peruntukkan undang-undang yang membolehkan sesebuah parti itu mendakwa wakil rakyat yang keluar parti.

“Tidak pernah berlaku lagi peristiwa di mana UMNO ingin mendakwa wakil rakyat yang melompat atau keluar parti. Saya percaya tiada lagi peruntukan undang-undang untuk menyaman ahli.

“Bagaimanapun, individu yang keluar parti sepatutnya mengosongkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Pengundi memilih berdasarkan parti yang diwakili, jadi mereka layak memilih semula siapa pemimpin yang mahu dijadikan sebagai wakil rakyat,” katanya kepada NSTP, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua UMNO bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menghantar writ saman kepada pemimpin yang meninggalkan parti sebagai gertakan semata-mata.

Mohd Isa yang bertanding sebagai calon Bebas di Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson selepas mengumumkan keluar daripada UMNO baru-baru ini.

Sementara itu, Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun berkata, beliau tidak pernah mendengar ada peruntukan undang-undang untuk mendakwa ahli yang keluar atau melompat parti.

“Saya pun dapat tahu buat kali pertamanya (tindakan undang-undang) semalam.

“Individu yang bertanggungjawab dalam urusan ini pada pengetahuan saya adalah Ketua Unit Undang-undang Ibu Pejabat UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said,” katanya. – BERITA HARIAN

One thought on “Saman Wakil Rakyat Keluar Parti Tidak Wajar – Veteren UMNO

  • October 2, 2018 at 10:46 am
    Permalink

    bagus bodoh bangang? da takde idea yg bodoh kayu? elok ramai2 ahli lama keluar tolak parti yg rosak teruk ni!! da makin hilang arah. kelam.pudar.kusam.malap.gelita. cacamurba.kucarkacir.junam.rudum.musnah.hancur.lebur..! biarlah mereka tanding meeting dlm kalangan mereka..usahlah kita ganggu!
    terus hidup PH.pkr pas..maju terus maju..! ayuh semua..!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.