Pelajar Tak Sempat Duduki PT3, Mati Terjun Tingkat 11 Kerana Tertekan

GEORGE TOWN – Seorang pelajar perempuan sepatutnya menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula hari ini, namun tidak dapat berbuat demikian selepas ditemui mati. 

Pelajar malang itu dipercayai terjun dari tingkat 11 rumahnya di Lebuh Sungai Pinang sebelum mayatnya dijumpai pekerja pembersihan kira-kira jam 8 pagi tadi.

Mangsa ialah seorang pelajar Tingkatan 3 yang belajar di Sekolah Menengah Heng Ee.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan merajuk dengan ibunya dan meninggalkan nota mahu membunuh diri.

Dalam nota itu, mangsa mengatakan mengalami tekanan dan tidak tahan lagi, dipercayai ekoran campur tangan orang ketiga dipercayai ayah tirinya yang menyebabkan ibunya sering menangis.

“Minta maaf mak kerana buat mak susah hati dan marah.

“Orang rambut putih akan hantar orang rambut hitam pergi. Ini adalah salah saya sebab itu mak tak payah susah hati.

“Selepas saya pergi, mak sembang dengan dia untuk bercerai sebab saya tidak ingin tengok mak menangis kerana dia.

“Mak, saya pergilah,” demikian curahan hati pelajar tersebut.

Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian itu tidak menyangka anaknya benar-benar bertindak sedemikian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes masih dalam siasatan polis. -SuaraTv 

 

Kredit Gambar: China Press

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.