Nilai Equanimity Jatuh, Netizen Anggap LGE ‘Klentong’

SHAH ALAM – Baru-baru ini Menteri Kewangan LimbGuan Eng menerusi wawancara eksklusif bersama MalaysiaKini menyatakan bahawa kapal kapal layar mewah Equanimity tidak dapat diju dengan harga penuh kerana penyusutan nilai setelah dipamerkan.

Kata-katanya itu menimbulkan kecaman netizen yang menganggapnya berbohong. 

Ada yang berpendapat bahawa kapal tersebut sebenarnya tidak laku. 

“Lim Guan Eng kamu jangan tipu rakyat bukan bodoh. Kapal Equanimity tidak laku merana kes aktif di mahkamah Amerika kerajaan Amerika akan tuntut kembali kapal tersebut pembeli semestinya bodoh,” kata Roadster Register. 

Ada juga yang menyelar Guan Eng dan mendakwa Menteri Kewangan itu membuat alasan semata-mata untuk menjual kapal itu kepada kroni dengan harga yang murah. 

“ Jadi lain kali jangan berjanji dengan rakyat bukankah kamu akauntan bertauliah?,” kata Puteri Chucu Chucu

“Alasan untuk jual murah pada krono,” kata Wan Anas.

 Pakatan Harapan membawa Equanimity  ke Malaysia dari Indonesia pada 7 Ogos dan dibuka pameran beberapa ketika sahaja.

Walau bagaimanapun, kapal layar itu, yang dikatakan dimiliki oleh tokoh perniagaan kontroversi yang kini menjadi buruan, Jho Low, sekarang tidak dibuka kepada orang ramai memandangkan ia kini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, seseorang perlu memperolehi perintah mahkamah sebelum dibenarkan masuk ke kapal itu.-SuaraTv

One thought on “Nilai Equanimity Jatuh, Netizen Anggap LGE ‘Klentong’

  • October 1, 2018 at 4:46 pm
    Permalink

    susut nilai tpe dpt byr hutang da bagus yb lge..teruskan mangkuk ayuh apa tahu? derma pun tak? komplain lebih? berapa dapat jual jer drp tanggung byk hutang?
    PH kita sokong usahakan yg terbaik dari yg baik..!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.