Muncul Semburan Api Selepas Gempa

JAKARTA – INDONESIA. Susulan gempa bumi menggoncangkan bandar Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah, dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter, penduduk Mamuju Tengah, dikejutkan fenomena luar biasa.

Memetik laporan Liputan6 SCTV, fenomena air lumpur menggelegak dan semburan api dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit.

Masyarakat di Kampung Salugatta, memberitahu, lubang terbentuk selebar satu meter telah memuntahkan lumpur dari tanah disusuli api pada ketinggian dua meter.

Pada Sabtu lalu, lumpur itu ditemui dan semalam, selepas gempa berlaku, api kelihatan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun untuk mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan itu, pita keselamatan telah dipasang oleh polis.

Penduduk dan polis bertindak membersihkan kawasan itu dari bahan mudah bakar bagi mengelakkan api menyambar sekaligus mengakibatkan kebakaran. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.