Menteri Nafi Salah Guna Dana Dari Najib Ketika Jadi Parti Komponen BN

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri VK Liew menafikan dakwaan dia menggelapkan dana untuk Parti Liberal Demokratik (LDP) yang pernah dipimpinnya.

Beliau berkata semua transaksi direkodkan dan diterangkan, dan diaudit selepas diluluskan oleh perwakilan parti dari 2006 hingga 2012.

Liew berkata dia tidak tahu tentang dana parti sejak 2013 kerana dia bukan lagi presiden ketika itu.

“”Masih ada wang yang berbaki dalam akaun parti apabila mereka menggantung saya sebagai ahli dan secara tidak mengikut perlembagaan membuang saya sebagai ketua parti pada Oktober 2013,” katanya di London, di mana dia mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Liew berkata bekas menteri kerajaan negeri Datuk Teo Chee Kang dan pemangku presiden Datuk Chin Su Phin bertanggungjawab selepas penggantungannya.

“Bagaimana saya dapat memasuki pejabat sedangkan mereka mengunci pintu pada masa itu?” katanya, dan menambah namanya dikeluarkan sebagai penandatangan akaun bank parti.

Satu blog mendakwa 2 cek bernilai RM3.5 juta dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada LDP pada 2013.

Penulis blog mendakwa Liew menekan dan memaksa bendahari parti menandatangan cek itu dan menukarnya dan menunaikannya tanpa pengetahuan ahli-ahli lain.

Laporan pada 27 September memetik Chin sebagai berkata kenyataan itu dibuat oleh setiausaha agung LDP kepada polis 2 minggu lalu.

Liew berkata setiausaha agung itu bukan Teo kerana dia melantik orang lain pada 2013.

“Siapalah setiausaha agung yang memberi keterangan kepada polis itu tidak tahu tentang perkara itu.

“Ia berdasarkan khabar angin dan spekulasi,” tambahnya.

Liew berkata dakwaan itu mengatakan dia menekan dan memaksa Ken Fong, setiausaha agung ketika itu, sukar dipercayai

“Ini menunjukkan sejauh mana pembohongan yang mereka sanggup lakukan untuk mencapai agenda kotor mereka,” katanya.

Beliau berkata kewangan parti diaudit dan diluluskan oleh perwakilan setiap tahun dari 2013 hingga 2017.

“Bagi 2018, saya tidak pasti jika mereka telah mengadakan kongres. Adalah menarik untuk melihat apa yang akan mereka laporkan mengenai perbelanjaan pilihan raya untuk pilihan raya umum yang baru berakhir di mana semua calon mereka tewas. “ – FMT

One thought on “Menteri Nafi Salah Guna Dana Dari Najib Ketika Jadi Parti Komponen BN

  • October 2, 2018 at 10:52 am
    Permalink

    sama jer 2×5.5×2.. akar ke umno semua korup korup korup….elok bungkus pru14 kalau tk berapa byk lagi harta rakyat disamun dirompak dicuri olih durjana2 ini..!! cepat2lah hukum mereka yg penyamun ..pengsonglap.. ni!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.