Istana Pahang Nafi Berita Sultan Ahmad Shah Mangkat

ISTANA Pahang menafikan berita mengenai kemangkatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang tersebar hari ini.

Menurut sumber, Sultan Ahmad Shah berada dalam keadaan sihat dan sedang berada di ibu negara.

“Tuanku berada dalam keadaan sihat… saya menafikan berita (kemangkatan) yang tersebar itu,” katanya.

Difahamkan, baginda kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, sejak empat hari lalu.

Sultan Ahmad Shah bakal menyambut Ulang Tahun Keputeraan yang ke-88 pada 24 Oktober ini. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.