Harga Minyak RON97 Naik 14 Sen

KUALA LUMPUR – Harga bahan api petrol RON97 menyaksikan kenaikan 14 sen dan diniagakan pada harga RM2.79 seliter bermula hari ini sehingga 31 Oktober berbanding RM2.65 seliter pada bulan lalu.

Bagi harga petrol RON95 dan Diesel masing-masing kekal pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga terbaru itu berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang disiarkan di laman Facebooknya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.