Bidaan No Plat KEQ 1 Hingga 9999 Dibuka

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan diri KEQ1 hingga 9999 kepada orang ramai secara tawaran bermula hari ini hingga 15 Oktober ini.

Pengarahnya, Ismasuhami Shariff berkata, nombor pendaftaran KEQ 1 dijangka memperoleh bidaan tertinggi dianggarkan berjumlah melebihi RM150,000.

“Kita jangka nombor pendaftaran akan mendapat sambutan berikutan ia kelihatan seperti jenama kereta Audi Q7,” katanya pada sidang akhbar di pejabat JPJ di sini hari ini.

Menurutnya, beliau menganggarkan jualan keseluruhan menerusi bidaan bagi siri KEQ dijangka melebihi RM1 juta dengan nombor siri KEQ mendapat bidaan tertinggi.

Tambahnya, setakat ini, nilai bidaan dan jualan keselurahan tertinggi adalah bagi siri KEN iaitu RM4.13 juta diikuti siri KEE sebanyak RM1.87 juta dan KEP memperoleh kutipan sebanyak RM899,347.

“Bidaan tertinggi bagi siri-siri tersebut adalah KEN 1 iaitu sebanyak RM510,00 manakala KEE 1 berjumlah RM308,000 dan siri KEP 1 memperoleh bidaan sebanyak RM150,000. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.