Azmin Dahului Rafizi Dalam Pemilihan Timbalan Presiden PKR

JOHOR BHARU — Persaingan merebut kerusi timbalan presiden PKR terus dikuasai penyandangnya Datuk Seri Azmin Ali, mendahului pencabarnya Rafizi Ramli.

Keputusan tidak rasmi pengundian di Johor semalam menunjukkan menteri hal ehwal ekonomi mendahului naib presiden PKR itu dengan majoriti 527 undi.

Azmin, ahli parlimen Gombak, mendapat 4,503 undi manakala bekas ahli parlimen Pandan meraih 3,976 undi dalam pemilihan parti melibatkan 24 cabang di negeri itu.

Anggota di 24 daripada 26 cabang sahaja yang layak mengundi. Cabang Tanjung Piai dan Mersing tidak layak ekoran masalah keahlian.

Azmin, bekas menteri besar Selangor, mendahului Rafizi di Pulau Pinang dalam pengundi minggu lalu yang menyaksikan kekecohan di negeri itu dan Kedah sehingga beberapa cabang dibatalkan. – MalayMail

One thought on “Azmin Dahului Rafizi Dalam Pemilihan Timbalan Presiden PKR

  • October 1, 2018 at 12:07 pm
    Permalink

    sama2 dari pkr.. pilih lah yg mana suka???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.