Tempat Perlancongan Paling Berkuman Yang Dihiasi Gula-Gula Getah

Jika dinding di sesuatu tempat itu biasanya akan dihiasi dengan mural atau lukisan comel yang mempunyai mesej tersendiri, tetapi tidak pada satu dinding di lorong Seattle, Amerika Syarikat. Seni artistik yang terdapat pada dinding di lorong Pike Place Market boleh dinilai sebagai satu karya seni tersembunyi yang unik dan luar biasa.

Ini kerana dinding itu telah ditampalkan serta dihiasi dengan gula-gula getah sejak dari tahun 1990 lagi kini dinding itu telah dipenuhi dengan pelbagai corak tampalan gula-gula getah yang telah dikunyah dan untuk membuat dinding yang digelar Gum Wall Alley itu ia memerlukan beribu gula-gula getah yang telah dikunyah.

Seluruh dinding di lorong itu telah dipenuhi dengan gula-gula getah yang telah sehingga terdapat juga gula-gula getah dilekatkan pada tingkap yang ada di dinding itu. Pelbagai warna gula-gula getah yang ditampal pada Gum Wall Alley sehingga membuatkan dinding itu kelihatan sangat menarik dari jauh.

Namun, bau yang datang daripada gula-gula getah yang telah membusuk dan dimakan usia itu boleh dikatakan agak mengganggu tetapi kebanyakan pelancong tetap merasakan yang Gum Wall Alley itu sebagai dinding yang mempunyai permandangan menarik.dengan nilai artisik yang tinggi.

Hasil tampalan gula-gula getah pada dinding itu bukanlah ditampal begitu sahaja kerana mereka yang meninggalkan sisa kunyahan gula-gula getah mereka disitu akan menghasilkan satu karya seni yang cantik. Seperti satu susunan gula-gula getah yang sengaja disusun dengan warna yang sama, iaitu hijau menjadi perkataan ‘TOY’.

Selain itu, di dinding itu juga terdapat satu bentuk patung kelakar, seperti manusia yang memakai baju berwarna merah bersama seluar biru muda memakai topi keselamatan berwarna kuning dan lampu suluh di bahagian kepala. Untuk melengkapi penampilan patung itu, terdapat juga tali pingang yang dilekatkan mengunakan gula-gula getah warna putih padanya.

Malangnya, pengunjung sudah tidak boleh berkarya mengunakan gula-gula getah atau bergambar berlatar belakangkan dinding itu lagi kerana menurut Atlas Obscura, pada 10 November 2015 lepas, pihak berkuasa pemeliharaan Pike Place Market telah membersihkan dinding gula-gula getah itu dengan itu buat pertama kali setelah lebih daripada 20 tahun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.